Friday, June 7, 2019

SALAM PERKENALAN : KURSUS DAN KELAS MASAKAN PERNIAGAAN / BAKING


*kebenaran dari student utk sharing pic
Semua merupakan students personal class Chef Obie untuk perniagaan



KURSUS DAN KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN 

BAKING UNTUK AMATEUR DAN PROFESIONAL

Dengan Mewujudkan MGJ Consultant Kuala Lumpur 5 Tahun lalu hingga kini , Alhamdulillah dengan rasa rendah diri chef obie telah melatih dan membentuk pelbagai golongan lapisan masyarakat , bangsa dan usia bermula 9 tahun hingga 77 tahun juga hadir dalam memperkasakan diri dengan ilmu masakan dan baking.


Para pelajar chef obie juga datang dari Seluruh negeri Di Malaysia baik dari Semenanjung , Sabah , Sarawak malah ada juga daripada luar negara seperti Arab Saudi , Jepun, Syiria , Amerika ( usa ) , Brunei Darus Salam , Hong Kong Dan juga Maldive.


Perkhidmatan chef obie dalam mengajar juga diperlukan dalam sektor pendidikan di Universiti Awam mahupun swasta Tempatan. Terima Kasih atas penghargaan dan kepercayaan .


Kerjasama yang baik dengan pihak Korporat , Kementerian dan Badan-badan kerajaan ,  NGO , Badan kebajikan , Persatuan mahupun Perseorangan.


Pihak - pihak media massa dan media eletronik juga memainkan peranan memperkenalkan chef obie kepada umum sejak tahun 2009 sehingga kini , baik pihak surat khabar , majalah-majalah tempatan , online magazine , radio mahupun pihak stesen tv tempatan . Terima kasih kepada anda semua .


Sila Klik link yang dibawah 



Syukur Alhamdulillah , setelah melebihi 5 tahun chef obie menjalankan pelbagai program komuniti , seperti program memasak , membaking bertujuan memperkasakan lagi ilmu masakan perniagaan dalam masyarakat berbilang kaum dan latarbelakang seterusnya dapat membantu mereka menambah pendapatan .Malah Bengkel terbaru ini turut mendapat perharian peserta luar negara seperti dari Negara Jepun , Syiria , Pakistan dan Indonesia .


Selamat Maju Jaya,



Ikhlas Daripada :

Muhamad Gunawan Haji Jamil a.k.a Chef Obie

No comments:

Post a Comment